Penyakit Jantung



Apakah Coenzyme Q10 ni?
  • Coenzyme Q10 biasanya dikaitkan dengan pencegahan serangan sakit jantung. Ia adalah nutrisi larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja keras seperti jantung, hati, pangkreas dan buah pinggang.
  • Coenzyme Q10 bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak dari makanan kita, dan CoQ10 ni diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.
  • Tanpa Coenzyme Q10, sel-sel kita tidak dapat menghasilkan tenaga.. umpama lampu tanpa starter. Walaupun lampu masih baru, bekalan elektrik elok, tapi tanpa starter lampu tak boleh menyala.
  • Tubuh kita menghasilkan CoQ10 sendiri, tapi penghasilannya makin menurun bila kita makin meningkat usia. Samalah seperti kolagen dan sebagainya. Faktor luar seperti diet yang tak seimbang, pendedahan terhadap redikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan juga mengurangkan COQ10 dalam tubuh.
  • CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah sekaligus memperbaiki aliran darah.
  • Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri dari pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah. 

  • CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.


CoQ10 telah dibuktikan dapat:
    • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
    • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

(Dos : 1 kapsul sehari selepas makan)

Apakah perbezaan CoQHealth Plus:
  • 1 kapsul CoQHealth Plus = 28mg CoQ10 = 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli!
  •  CoQ10 + Vitamin E = mengukuhkan keupayaan antioksidan yg terdapat dalam Vitamin E. CoQ10 bantu kitar & jana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel2 tubuh.
  •  Ekstrak Teh Hijau (mengandungi procyanidins) - menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah & jantung)
  • CoQ10 dari kaedah penapaian yis semulajadi - bahan mentahnya merupakan satu2nya CoQ10 semulajadi dari yis yg ditapai (sumber telah diuji dan diyakini ramai mempunyai kualiti tinggi dlm sumber bioketersediaan CoQ10.
  •  Tanpa Gluten.

Tiada ulasan :